Pages

Friday, November 11, 2011

Minda Mula Terbuka, Lensa Siap Sedia





Minat Bermula

Hari ini nak mula buat blog, kongsi macam-macam cerita dengan orang. Seronok pulak baca blog-blog orang lain. Macam-macam ada . Ini entri pertama so xnak komen pasal apa-apa.


Actually orang yang inspire aku nak buat blog ni adalah kawan baik aku sendiri Azizi Fakhrullah Alibasyah, ni URL dia http://www.azizibasyah.com.  


Aku sejak sekolah suka menulis, tapi sejak masuk U, semua tu terkubur. Maybe sebab latar belakang senibina ni terlalu sibuk bagi aku dan susah nak sesuaikan masa. Tapi xpa, sekarang aku dah free sikit, boleh la mula menulis.

Diari


Aku dulu ada diari, aku tulis masa sekolah menengah. Pelik x erk klo lelaki ada diari? Hurmm..kadang-kadang aku fikir pelik jugak, tapi sebab aku ni pelupa and aku ni suka pendam masalah sorang-sorang. So bagi aku, salah satu cara aku nak lepaskan semua tekanan dan ingat balik peristiwa-peristiwa penting dengan cara memiliki diari.

Pelik




Itu x cukup pelik lagi tu. Aku akan tukar-tukar diari dengan kawan baik aku (lelaki) setiap bulan. Kami tukar-tukar diari sejak dia pindah sekolah teknik.

Maklumlah zaman tu xda telefon, so xtau camna nak sampaikan cerita-cerita pasal keadaan semasa. Bila dah baca kami akan tulis komen pada setiap akhir "entri". hahaha..memang aneh jugak la klo fikir-fikir.

Tapi dari komen-komen dia, dia galakkan aku menulis. Dia kata suka baca tulisan-tulisan aku. Aku pun selalu tulis sajak kat dalam diari aku. Aku tulis pasal perasaan, pemerhatian dan pengalaman aku. Biasanya aku ceritakan pasal diri aku, tapi kadang-kadang ada yang rasa terkena. Mungkin kebetulan la agaknya.


Buka Minda


Walau apa pun, aku rasa aku nak tukar cara penulisan aku. Sekarang sepatutnya lebih matang. Lebih alert pada persekitaran. Kalau dulu hanya ikut sedap hati. Tapi sekarang baru aku tahu, apa yang kita tulis gambarkan tahap pemikiran kita. Aku harap apa yang aku tulis nanti boleh membuka minda orang lain.

Aku xde niat nak pengaruhi orang supaya ikut cara aku berfikir. Aku berniat nak orang berfikir dengan cara yang lebih adil. Kita ada penilaian sendiri, dan penilaian boleh berubah. Harap-harap pemikiran kita semua berubah ke arah yang lebih terbuka. Maksudnya bukan terbuka macam kat barat, xda batasan langsung, maksud aku kita menilai sesuatu situasi mengikut penilaian yang adil, dari semua sudut. Insya'allah.

(^_^)Y

No comments:

Post a Comment