Pages

Saturday, November 12, 2011



Kenyataan
Berapa ramai antara kita sekarang hidup berdasarkan cita-cita dia? Maksud aku kalau dulu masa kecil-kecil nak jadi doktor, sekarang kerjaya dia doktor, dulu nak jadi engineer, sekarang dia memang engineer? Mungkin ada ramai jugak. Pada yang telah mencapai cita-cita masing-masing, syukur alhamdulillah. Mungkin yang difikirkan sekarang adalah, adakah anda bahagia dengan pilihan yang anda pilih?


Masa Mengubah Segala
Bagi aku, masa banyak mengubah apa yang aku cita-citakan. Keadaan banyak mengubah impian, tarik kita kembali kepada kenyataan. Mesti ada jugak kawan-kawan aku yang xtahu, yang tahu ok lah. Dari kecil cita-cita aku ada dua ja (yang kekal la..hehe) iaitu nak jadi pramugara atau cikgu. Mesti pelik kan? kecil-kecil dah nak jadi pramugara. Orang lain bukan main lagi nak jadi doktor, pilot, kapten, aku nak jadi pramugara ja. Hehe..entah xtahu kenapa aku suka mempunyai watak sebagai seorang pramugara, sentiasa tersenyum, segak, kemas dan aku suka serve orang, sejak dari kecil.


Minat
Aku memang minat tengok orang yang kemas, berperibadi sopan dan elegen. Sebab aku dari latar belakang keluarga yang kurang berada, aku selalu admire tengok orang-orang yang mampu menampilkan diri dia dengan cara terbaik, maksudnya kemas lah. Jadi, itu pendorong untuk aku jadi pramugara. Bagi aku, dengan menjadi seorang pramugara aku mampu mengubah penampilan aku supaya nampak segak, xperlu selekeh-selekeh lagi macam aku dulu. Kanak-kanak macam aku memang naif, semua nampak indah. Aku xfikir pon apa-apa keburukan dari apa yang aku impikan, kononnya asal aku dapat berubah dari aku yang sekarang (budak comot).


Remaja
Aku rasa impian aku paling goyah adalah masa aku remaja (form 1-5). Sebab ape? hehehe..penampilan bertambah teruk. Muka aku dulu memang banyak jerawat, jerawat batu semua lengkap, parut dan liang roma nampak. Masa tu keyakinan aku memang jatuh ke tahap terendah la. Memang nak berjumpa orang baru atau join aktiviti-aktiviti berkumpulan pun aku xnak sebab malu. Aku xboleh orang pandang muka aku tepat lebih dari 5 saat, mesti aku akan rasa sedih (dalam hati fikir..tu mesti tengah tengok jerawat-jerawat aku lah tu). Tapi anehnya walaupun sekarang aku dah xde jerawat, sifat tu kekal lagi, hehe..aku masih pantang orang pandang muka aku lama-lama, mesti aku akan panas hati, silap-silap mau kena marah dengan aku.


Ok berbalik dengan nak jadi pramugara, masa remaja ni lah impian aku mula terkubur, faktor penampilan. Entah kenapa bagi aku kalau nak jadi pramugara kena semua perfect, lagi-lagi melibatkan muka. Aku rasa muka aku memang xlayak, dah la xhensem, penuh jerawat. Memang sedih la sebab benda tu kan kejadian tuhan, so kita xboleh nak buat apa-apa. Tapi hakikatnya sekarang aku dah lama lupakan impian tu sebab utama xcukup tinggi kot..hehe..aku 163cm ja..minimum nak jadi pramugara 165..dan bagi sesiapa yang cuma kenal aku melalui gambar, YES aku nak mengaku, aku lebih rendah dari apa yang korang nampak dalam gambar. TITIK..hehe..jangan kecewa bagi sesiapa yang ingat aku ni tinggi orangnya.

Terima Hakikat Seadanya
Benda yang best pasal cita-cita ni ialah saat kita mengejarnya. Kita sanggup buat apa saja, hadap apa saja semata-mata nak kejar impian kita. Saat-saat manis aku mengejar cita-cita nak jadi pramugara dulu tetap buat aku tersenyum sampai sekarang, rasa lucu kalau difikir-fikirkan semula. Aku dah terima hakikat bahawa itu bukan kerja yang terbaik untuk aku, ada lain yang lebih sesuai dengan aku. Jadi sekarang aku sedang mengejar cita-cita untuk menjadi pendidik, seboleh-bolehnya nak jadi pensyarah. Kalau xdapat pun jadi cikgu tetap sama dengan cita-cita aku masa kecil.

Aku yang sekarang =)
Cita-Cita Itu Indah
Mungkin kita terpaksa tinggalkan cita-cita lama kita, sesetengah dari kita mungkin xmampu nak sambung pelajaran sebab masalah kewangan, xdapat nak jadi doktor sebab kita xsepandai yang kita sangka atau sebagainya. Tapi hakikatnya sama ada kita capai atau tidak cita-cita tu bukanlah penting. Yang penting adalah keindahan kita mengejarnya. Sepanjang kita kejar cita-cita kita, jiwa kita terisi. Perasaan ini halang kita dari rasa sunyi, bosan atau hilang arah. Perasaan ni buat kita kuat. Kita xperlu terluka atau dilukakan, sebab semua ini adalah dari kita, untuk kita dan kita yang bakal menjalaninya. Teruskanlah membina cita-cita, bukan untuk memilikinya, cukuplah sekadar mampu menjalaninya dengan penuh kesungguhan.

(^_^)Y

No comments:

Post a Comment