Pages

Friday, December 23, 2011

Jom Cuci Mata






























Haiwan-Haiwan Comel =)

Haiwan-Haiwan Ni Comel Giler Arr.... =)

Rasanya dah lama jugak la aku xupdate blog aku ni..hahaha..busy sikit dengan final project. Ok, Kali ni aku nak post yang light2 jer la..kita cuci2 mata tgk gambar2 haiwan yang comel-comel ni (^_^)Y
La..la..la..Cantiknyer kasut baru aku..Ko nak jeles...Ader aku kisah ~~

Kitorang xnak kawan dgn ko..sebab ko besar..kitorang ni kecik2 jer kan2..
Alamak..aku dah termakan ikan kat singki tu..buat muka baik..buat muka baik..
X guna punya kucing..membuang merata-rata..kan aku dah terpijak..chesss...
X guna betul..!! Aku dapat sapa yang pedajal aku tu siap arr..!!
Elehh..power lagi DSLR aku kot..ni tekan2 jer..
Psssttt...Weh..Sini jap..Sini jap..aku nak tunjuk something ni..



=P




















Thursday, November 17, 2011

Sukan Dan Harga Diri



Sukan Dan Harga Diri..........

Korang tengok x bola sepak Malaysia vs Indonesia semalam yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia 1-0? Ok, kalau yang x tgk tu, ni video recap gol sulung Malaysia yang dijaringkan oleh Shahrul Azwari Ibrahim..


Honestly la kan, aku bukan lah football type. Tapi xtau nape..sentimen yang dimainkan penyokong2 membuatkan aku nak tgk game ni..Truely, i don't give a damn klo Malaysia menang ke kalah..Both Indonesia pon..Sebagai anak Malindo (Malaysia-Indonesia) blood, both nation important to me.

Of course la kalau tgk kat rumah aku x leh nak terang2 sokong Malaysia, sebab bapak aku die hard fan Indonesia kot. Aku pon somehow have that connection. Certainly at certain level, aku nak jugak Indonesia menang, for the sake of my family root. Tapi beberapa isu buat aku malu la nak sokong Indonesia. These are few issues that bothers me =(


Ni ha...PAGE TIM NASIONAL INDONESIA..Laman web yang xhabis2 nak mengutuk Malaysia..So, what if this page suppose to support your national team..tapi xpayah la gunakan Malingsia ka or any hurting names..of course stupid Malaysian also used INDON to refer to Indonesian without noticing how offending that word is..just like calling KELING instead of Indian..got it?


Ada jugak la yang proffesional enough and less provocative macam page ni Dukung Garuda Didadaku..

Beberapa berita yang aku baca melibatkan layanan buruk terhadap Malaysia pon agak menyedihkan aku..contohnya Kita terima layanan buruk..Media kena isyarat lucah..dan yang lebih menyedihkan Indonesia ‘boo’ Indonesia..

Aku kadang-kala faham sentimen orang2 Indonesia ni..ye la, half part of me is them..aku tau hidup sebagai anak berdarah "Indonesia" kat negara Melayu Malaysia ni..mmg kena pandang rendah kaw2 punya la..tapi xperlu emotional sampai macam ni..in any part of the world..there are idiots and there are people with brain..aku nasihatkan la kat fan2 Indonesia yang...you dont have to show that you desperately need for Malaysian acknowledgement..jangan tambah rendahkan pandangan org by being too emotional..You are already a great nation..Be Indonesian and proud..and yes, be Malaysian and humble..kita kadang2 xperasan betapa bongkaknya kita..kita anggap tu sebagai PATRIOTIK..xpe la..as long it would not hurt others =)


Ape pon, majulah sukan untuk negara..enjoy the sportsmanship.. flourish the brotherhood..Indonesia or Malaysia..semua sama..peace yo..

(^_^)Y

Tahniah di atas kemenangan =)


P/S: Just an honest feeling of Herry Nazareef and a piece of his logical mind




Wednesday, November 16, 2011

Apa Kenangan Anda Bersama Nokia 3310?

Pernah x korang bayangkan kalau Facebook dah xde? i mean bukan setakat Facebook je la..semua rangkaian social network kat internet ni dah xde? amacam suasananya? Ok, kalau aku la..aku bayangkan sekitar 10 tahun yang lepas..masa zaman Nokia 3310 tu satu kebanggaan budak-budak yang baru nak naik..hehehe..


Asal aku kata "budak-budak baru nak naik"?..hehehe..sebab dulu remaja-remaja macam aku ni bangga giler kot kalau ada Nokia 3310..perghh..itu lambang jati diri tu..klo mat rempit, rasa jantan habis kot klo pakai Nokia 3310..klo pompuan pulak..aisey..mmg feminin tahap gaban la..lagi2 klo dapat tukar housing pink gambar hello kitty..comel akak rase dik =P..


Wah..ingat lagi kot..klo naik train KTM tu..bersaing sape punya HP bunyi paling kuat..lagi2 klo ringtone lagu2 best ka..lagu2 terbaru ka..bangga siot nak bunyikan lama2..adoiyai..abang2 bangla kat train tu pon xketinggalan dengan trend tu..meriah KTM..monophonic xjadi hal..boleh la joget sama dgn ringtone masing2..hehehe..

Klo cakap pasal sms lagi lah meriah..keypad mmg best..pendek kata boleh taip n reply 30 msg dalam masa semint la..sangat efficient keypad dia.. hehehe..

Kalau bab msg ni, masa zaman tu..popular giler la sms jiwang-jiwang ni..macam-macam madah best..siap forward-forwardkan lagi..ini lah syurga org bercinta..leh taip kaw2 pnya jiwang pastu bagi kat pasangan..klo org lain baca, siap mintak nak forwardkan kat dia sebab dia nak bagi "tersayang" dia pulak..mesej goodnight xpayah cakap la..macam2 gaya ada..sesuai sangat la HP untuk org bercinta <3 hehehe..zaman sesuai cari pasangan..


Haaa...bercakap pasal pasangan..ada pulak la yang gatal tangan..tukar no baru pastu menyamar jadi awek..dok kaco2 member..hahaha..aku pnah kena camni..pernah jugak sakat org camni..masa mesej rasa stim ja..wah popular giler ar aku ada awek mesej nak berkenalan (al-maklum lah xnampak muka dalam HP tu)..sepanjang minggu dok mesej setiap hari..P sekolah muka berseri macam pengantin baru..tup3 bila dapat tau member 1 kelas yang main kan..maunya x malu..hahaha..rasa x nak datang sekolah ja =P


Banyak lagi la, itu x masuk yang mesej-mesej joke lagi..siap buat gambar from all the alphabetical symbols..macam-macam ada..hehe..kadang2 tgh tensen kat kelas ka..tgh frust dgn awek ka..tiba2 ja ada member hantar msg joke..perghhh..lagi2 yang pecah perut punya..mmg make my day la..itu yang bestnya dgn mesej2 joke from sms ni..ada jugak joke yang dok mengenakan kita..tapi xpa..still funny =)

Aku paling menyampah mesej berantai..aduyai, dah macam spam pulak..hahaha..siap kata dapat bala la klo x forward..dapat rezeki xdisangka2 la..kadang2 aku goyang gak..klo macam terpengaruh, aku forwardkan ja..klo x, baca terus delete..hehe..

Ingat lagi msg picture dalam phone tu? ada yang dah template..ada yang kita leh beli..aku selalu forward yang gambar kek tu..untuk wish happy birthday..hehehe..mmg legend la pic tu =) ingat lagi..25 sen kot satu sms pic tu..hehe..

Limitation hp ni..bila msg dah full ja kna delete..habis msg2 "sayang" kna buang cz nak bagi msg baru masuk inbox..adoyai..haha..

Anyway, thats my memories with Nokia 3310..Aku x pakai Hp tu..itu HP mak aku, tapi aku pakai sebab itu satu2nya Hp dalam family..hehe..my 1st handphone is Nokia 8310..aku beli pakai dulu elaun PLKN aku..now da macam2 hp aku pakai..hehehe..but the most memorable is Nokia 3310..korang macam mana pulak?


P/S: Extracted from the genius brain of Herry Nazareef (^_^)Y

Saturday, November 12, 2011

Tips-Tips Senaman

Apa pendapat korang ttg gambar-gambar dibawah?







Inspired?

Hehehe..kali ni aku nak share pasal bina badan pulak =P

Ok, fine mmg badan aku xda la macam athlete bina badan tapi lately benda ni la yang selalu aku buat..untuk isi masa lapang. So, aku nak share la dgn korang cara-cara senaman badan yang korang leh dapat klo nak try la..

Ni beberapa link yang aku leh dapatkan utk korang..banyak gak info..hahaha..malas nak baca panjang-panjang sangat =P better tgk video..

Link yang ni aku suka sebab ada macam-macam pilihan senaman yang korang leh pilih. So, xpayah nak baca panjang-panjang. Tgk video ni pon da ok =)


Scott Herman ni pon ok gak..

Video-video dari mamat ni pon boleh tahan gak..

*Please note that yang video-video ni just suggestion ja..korang kna p kat youtube and search video bawah nama dorang ni..bukan maksudnya 3 video ni jer..dorang ada produce banyak video lagi..ce usha..ce usha =)


Ada jugak tips-tips yang kita leh baca..aku banyak download yang pdf format daripada internet..mmg informative giler ar..



Banyak lagi la sebenarnya. tapi one big change begins with one small step kan? hehehe..try la mana-mana yang senang dulu..manatau nanti badan korang akan jadi macam gambar-gambar kat atas tu =)



Kenyataan
Berapa ramai antara kita sekarang hidup berdasarkan cita-cita dia? Maksud aku kalau dulu masa kecil-kecil nak jadi doktor, sekarang kerjaya dia doktor, dulu nak jadi engineer, sekarang dia memang engineer? Mungkin ada ramai jugak. Pada yang telah mencapai cita-cita masing-masing, syukur alhamdulillah. Mungkin yang difikirkan sekarang adalah, adakah anda bahagia dengan pilihan yang anda pilih?


Masa Mengubah Segala
Bagi aku, masa banyak mengubah apa yang aku cita-citakan. Keadaan banyak mengubah impian, tarik kita kembali kepada kenyataan. Mesti ada jugak kawan-kawan aku yang xtahu, yang tahu ok lah. Dari kecil cita-cita aku ada dua ja (yang kekal la..hehe) iaitu nak jadi pramugara atau cikgu. Mesti pelik kan? kecil-kecil dah nak jadi pramugara. Orang lain bukan main lagi nak jadi doktor, pilot, kapten, aku nak jadi pramugara ja. Hehe..entah xtahu kenapa aku suka mempunyai watak sebagai seorang pramugara, sentiasa tersenyum, segak, kemas dan aku suka serve orang, sejak dari kecil.


Minat
Aku memang minat tengok orang yang kemas, berperibadi sopan dan elegen. Sebab aku dari latar belakang keluarga yang kurang berada, aku selalu admire tengok orang-orang yang mampu menampilkan diri dia dengan cara terbaik, maksudnya kemas lah. Jadi, itu pendorong untuk aku jadi pramugara. Bagi aku, dengan menjadi seorang pramugara aku mampu mengubah penampilan aku supaya nampak segak, xperlu selekeh-selekeh lagi macam aku dulu. Kanak-kanak macam aku memang naif, semua nampak indah. Aku xfikir pon apa-apa keburukan dari apa yang aku impikan, kononnya asal aku dapat berubah dari aku yang sekarang (budak comot).


Remaja
Aku rasa impian aku paling goyah adalah masa aku remaja (form 1-5). Sebab ape? hehehe..penampilan bertambah teruk. Muka aku dulu memang banyak jerawat, jerawat batu semua lengkap, parut dan liang roma nampak. Masa tu keyakinan aku memang jatuh ke tahap terendah la. Memang nak berjumpa orang baru atau join aktiviti-aktiviti berkumpulan pun aku xnak sebab malu. Aku xboleh orang pandang muka aku tepat lebih dari 5 saat, mesti aku akan rasa sedih (dalam hati fikir..tu mesti tengah tengok jerawat-jerawat aku lah tu). Tapi anehnya walaupun sekarang aku dah xde jerawat, sifat tu kekal lagi, hehe..aku masih pantang orang pandang muka aku lama-lama, mesti aku akan panas hati, silap-silap mau kena marah dengan aku.


Ok berbalik dengan nak jadi pramugara, masa remaja ni lah impian aku mula terkubur, faktor penampilan. Entah kenapa bagi aku kalau nak jadi pramugara kena semua perfect, lagi-lagi melibatkan muka. Aku rasa muka aku memang xlayak, dah la xhensem, penuh jerawat. Memang sedih la sebab benda tu kan kejadian tuhan, so kita xboleh nak buat apa-apa. Tapi hakikatnya sekarang aku dah lama lupakan impian tu sebab utama xcukup tinggi kot..hehe..aku 163cm ja..minimum nak jadi pramugara 165..dan bagi sesiapa yang cuma kenal aku melalui gambar, YES aku nak mengaku, aku lebih rendah dari apa yang korang nampak dalam gambar. TITIK..hehe..jangan kecewa bagi sesiapa yang ingat aku ni tinggi orangnya.

Terima Hakikat Seadanya
Benda yang best pasal cita-cita ni ialah saat kita mengejarnya. Kita sanggup buat apa saja, hadap apa saja semata-mata nak kejar impian kita. Saat-saat manis aku mengejar cita-cita nak jadi pramugara dulu tetap buat aku tersenyum sampai sekarang, rasa lucu kalau difikir-fikirkan semula. Aku dah terima hakikat bahawa itu bukan kerja yang terbaik untuk aku, ada lain yang lebih sesuai dengan aku. Jadi sekarang aku sedang mengejar cita-cita untuk menjadi pendidik, seboleh-bolehnya nak jadi pensyarah. Kalau xdapat pun jadi cikgu tetap sama dengan cita-cita aku masa kecil.

Aku yang sekarang =)
Cita-Cita Itu Indah
Mungkin kita terpaksa tinggalkan cita-cita lama kita, sesetengah dari kita mungkin xmampu nak sambung pelajaran sebab masalah kewangan, xdapat nak jadi doktor sebab kita xsepandai yang kita sangka atau sebagainya. Tapi hakikatnya sama ada kita capai atau tidak cita-cita tu bukanlah penting. Yang penting adalah keindahan kita mengejarnya. Sepanjang kita kejar cita-cita kita, jiwa kita terisi. Perasaan ini halang kita dari rasa sunyi, bosan atau hilang arah. Perasaan ni buat kita kuat. Kita xperlu terluka atau dilukakan, sebab semua ini adalah dari kita, untuk kita dan kita yang bakal menjalaninya. Teruskanlah membina cita-cita, bukan untuk memilikinya, cukuplah sekadar mampu menjalaninya dengan penuh kesungguhan.

(^_^)Y