Pages

Thursday, November 17, 2011

Sukan Dan Harga Diri



Sukan Dan Harga Diri..........

Korang tengok x bola sepak Malaysia vs Indonesia semalam yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia 1-0? Ok, kalau yang x tgk tu, ni video recap gol sulung Malaysia yang dijaringkan oleh Shahrul Azwari Ibrahim..


Honestly la kan, aku bukan lah football type. Tapi xtau nape..sentimen yang dimainkan penyokong2 membuatkan aku nak tgk game ni..Truely, i don't give a damn klo Malaysia menang ke kalah..Both Indonesia pon..Sebagai anak Malindo (Malaysia-Indonesia) blood, both nation important to me.

Of course la kalau tgk kat rumah aku x leh nak terang2 sokong Malaysia, sebab bapak aku die hard fan Indonesia kot. Aku pon somehow have that connection. Certainly at certain level, aku nak jugak Indonesia menang, for the sake of my family root. Tapi beberapa isu buat aku malu la nak sokong Indonesia. These are few issues that bothers me =(


Ni ha...PAGE TIM NASIONAL INDONESIA..Laman web yang xhabis2 nak mengutuk Malaysia..So, what if this page suppose to support your national team..tapi xpayah la gunakan Malingsia ka or any hurting names..of course stupid Malaysian also used INDON to refer to Indonesian without noticing how offending that word is..just like calling KELING instead of Indian..got it?


Ada jugak la yang proffesional enough and less provocative macam page ni Dukung Garuda Didadaku..

Beberapa berita yang aku baca melibatkan layanan buruk terhadap Malaysia pon agak menyedihkan aku..contohnya Kita terima layanan buruk..Media kena isyarat lucah..dan yang lebih menyedihkan Indonesia ‘boo’ Indonesia..

Aku kadang-kala faham sentimen orang2 Indonesia ni..ye la, half part of me is them..aku tau hidup sebagai anak berdarah "Indonesia" kat negara Melayu Malaysia ni..mmg kena pandang rendah kaw2 punya la..tapi xperlu emotional sampai macam ni..in any part of the world..there are idiots and there are people with brain..aku nasihatkan la kat fan2 Indonesia yang...you dont have to show that you desperately need for Malaysian acknowledgement..jangan tambah rendahkan pandangan org by being too emotional..You are already a great nation..Be Indonesian and proud..and yes, be Malaysian and humble..kita kadang2 xperasan betapa bongkaknya kita..kita anggap tu sebagai PATRIOTIK..xpe la..as long it would not hurt others =)


Ape pon, majulah sukan untuk negara..enjoy the sportsmanship.. flourish the brotherhood..Indonesia or Malaysia..semua sama..peace yo..

(^_^)Y

Tahniah di atas kemenangan =)


P/S: Just an honest feeling of Herry Nazareef and a piece of his logical mind




Wednesday, November 16, 2011

Apa Kenangan Anda Bersama Nokia 3310?

Pernah x korang bayangkan kalau Facebook dah xde? i mean bukan setakat Facebook je la..semua rangkaian social network kat internet ni dah xde? amacam suasananya? Ok, kalau aku la..aku bayangkan sekitar 10 tahun yang lepas..masa zaman Nokia 3310 tu satu kebanggaan budak-budak yang baru nak naik..hehehe..


Asal aku kata "budak-budak baru nak naik"?..hehehe..sebab dulu remaja-remaja macam aku ni bangga giler kot kalau ada Nokia 3310..perghh..itu lambang jati diri tu..klo mat rempit, rasa jantan habis kot klo pakai Nokia 3310..klo pompuan pulak..aisey..mmg feminin tahap gaban la..lagi2 klo dapat tukar housing pink gambar hello kitty..comel akak rase dik =P..


Wah..ingat lagi kot..klo naik train KTM tu..bersaing sape punya HP bunyi paling kuat..lagi2 klo ringtone lagu2 best ka..lagu2 terbaru ka..bangga siot nak bunyikan lama2..adoiyai..abang2 bangla kat train tu pon xketinggalan dengan trend tu..meriah KTM..monophonic xjadi hal..boleh la joget sama dgn ringtone masing2..hehehe..

Klo cakap pasal sms lagi lah meriah..keypad mmg best..pendek kata boleh taip n reply 30 msg dalam masa semint la..sangat efficient keypad dia.. hehehe..

Kalau bab msg ni, masa zaman tu..popular giler la sms jiwang-jiwang ni..macam-macam madah best..siap forward-forwardkan lagi..ini lah syurga org bercinta..leh taip kaw2 pnya jiwang pastu bagi kat pasangan..klo org lain baca, siap mintak nak forwardkan kat dia sebab dia nak bagi "tersayang" dia pulak..mesej goodnight xpayah cakap la..macam2 gaya ada..sesuai sangat la HP untuk org bercinta <3 hehehe..zaman sesuai cari pasangan..


Haaa...bercakap pasal pasangan..ada pulak la yang gatal tangan..tukar no baru pastu menyamar jadi awek..dok kaco2 member..hahaha..aku pnah kena camni..pernah jugak sakat org camni..masa mesej rasa stim ja..wah popular giler ar aku ada awek mesej nak berkenalan (al-maklum lah xnampak muka dalam HP tu)..sepanjang minggu dok mesej setiap hari..P sekolah muka berseri macam pengantin baru..tup3 bila dapat tau member 1 kelas yang main kan..maunya x malu..hahaha..rasa x nak datang sekolah ja =P


Banyak lagi la, itu x masuk yang mesej-mesej joke lagi..siap buat gambar from all the alphabetical symbols..macam-macam ada..hehe..kadang2 tgh tensen kat kelas ka..tgh frust dgn awek ka..tiba2 ja ada member hantar msg joke..perghhh..lagi2 yang pecah perut punya..mmg make my day la..itu yang bestnya dgn mesej2 joke from sms ni..ada jugak joke yang dok mengenakan kita..tapi xpa..still funny =)

Aku paling menyampah mesej berantai..aduyai, dah macam spam pulak..hahaha..siap kata dapat bala la klo x forward..dapat rezeki xdisangka2 la..kadang2 aku goyang gak..klo macam terpengaruh, aku forwardkan ja..klo x, baca terus delete..hehe..

Ingat lagi msg picture dalam phone tu? ada yang dah template..ada yang kita leh beli..aku selalu forward yang gambar kek tu..untuk wish happy birthday..hehehe..mmg legend la pic tu =) ingat lagi..25 sen kot satu sms pic tu..hehe..

Limitation hp ni..bila msg dah full ja kna delete..habis msg2 "sayang" kna buang cz nak bagi msg baru masuk inbox..adoyai..haha..

Anyway, thats my memories with Nokia 3310..Aku x pakai Hp tu..itu HP mak aku, tapi aku pakai sebab itu satu2nya Hp dalam family..hehe..my 1st handphone is Nokia 8310..aku beli pakai dulu elaun PLKN aku..now da macam2 hp aku pakai..hehehe..but the most memorable is Nokia 3310..korang macam mana pulak?


P/S: Extracted from the genius brain of Herry Nazareef (^_^)Y

Saturday, November 12, 2011

Tips-Tips Senaman

Apa pendapat korang ttg gambar-gambar dibawah?







Inspired?

Hehehe..kali ni aku nak share pasal bina badan pulak =P

Ok, fine mmg badan aku xda la macam athlete bina badan tapi lately benda ni la yang selalu aku buat..untuk isi masa lapang. So, aku nak share la dgn korang cara-cara senaman badan yang korang leh dapat klo nak try la..

Ni beberapa link yang aku leh dapatkan utk korang..banyak gak info..hahaha..malas nak baca panjang-panjang sangat =P better tgk video..

Link yang ni aku suka sebab ada macam-macam pilihan senaman yang korang leh pilih. So, xpayah nak baca panjang-panjang. Tgk video ni pon da ok =)


Scott Herman ni pon ok gak..

Video-video dari mamat ni pon boleh tahan gak..

*Please note that yang video-video ni just suggestion ja..korang kna p kat youtube and search video bawah nama dorang ni..bukan maksudnya 3 video ni jer..dorang ada produce banyak video lagi..ce usha..ce usha =)


Ada jugak tips-tips yang kita leh baca..aku banyak download yang pdf format daripada internet..mmg informative giler ar..



Banyak lagi la sebenarnya. tapi one big change begins with one small step kan? hehehe..try la mana-mana yang senang dulu..manatau nanti badan korang akan jadi macam gambar-gambar kat atas tu =)



Kenyataan
Berapa ramai antara kita sekarang hidup berdasarkan cita-cita dia? Maksud aku kalau dulu masa kecil-kecil nak jadi doktor, sekarang kerjaya dia doktor, dulu nak jadi engineer, sekarang dia memang engineer? Mungkin ada ramai jugak. Pada yang telah mencapai cita-cita masing-masing, syukur alhamdulillah. Mungkin yang difikirkan sekarang adalah, adakah anda bahagia dengan pilihan yang anda pilih?


Masa Mengubah Segala
Bagi aku, masa banyak mengubah apa yang aku cita-citakan. Keadaan banyak mengubah impian, tarik kita kembali kepada kenyataan. Mesti ada jugak kawan-kawan aku yang xtahu, yang tahu ok lah. Dari kecil cita-cita aku ada dua ja (yang kekal la..hehe) iaitu nak jadi pramugara atau cikgu. Mesti pelik kan? kecil-kecil dah nak jadi pramugara. Orang lain bukan main lagi nak jadi doktor, pilot, kapten, aku nak jadi pramugara ja. Hehe..entah xtahu kenapa aku suka mempunyai watak sebagai seorang pramugara, sentiasa tersenyum, segak, kemas dan aku suka serve orang, sejak dari kecil.


Minat
Aku memang minat tengok orang yang kemas, berperibadi sopan dan elegen. Sebab aku dari latar belakang keluarga yang kurang berada, aku selalu admire tengok orang-orang yang mampu menampilkan diri dia dengan cara terbaik, maksudnya kemas lah. Jadi, itu pendorong untuk aku jadi pramugara. Bagi aku, dengan menjadi seorang pramugara aku mampu mengubah penampilan aku supaya nampak segak, xperlu selekeh-selekeh lagi macam aku dulu. Kanak-kanak macam aku memang naif, semua nampak indah. Aku xfikir pon apa-apa keburukan dari apa yang aku impikan, kononnya asal aku dapat berubah dari aku yang sekarang (budak comot).


Remaja
Aku rasa impian aku paling goyah adalah masa aku remaja (form 1-5). Sebab ape? hehehe..penampilan bertambah teruk. Muka aku dulu memang banyak jerawat, jerawat batu semua lengkap, parut dan liang roma nampak. Masa tu keyakinan aku memang jatuh ke tahap terendah la. Memang nak berjumpa orang baru atau join aktiviti-aktiviti berkumpulan pun aku xnak sebab malu. Aku xboleh orang pandang muka aku tepat lebih dari 5 saat, mesti aku akan rasa sedih (dalam hati fikir..tu mesti tengah tengok jerawat-jerawat aku lah tu). Tapi anehnya walaupun sekarang aku dah xde jerawat, sifat tu kekal lagi, hehe..aku masih pantang orang pandang muka aku lama-lama, mesti aku akan panas hati, silap-silap mau kena marah dengan aku.


Ok berbalik dengan nak jadi pramugara, masa remaja ni lah impian aku mula terkubur, faktor penampilan. Entah kenapa bagi aku kalau nak jadi pramugara kena semua perfect, lagi-lagi melibatkan muka. Aku rasa muka aku memang xlayak, dah la xhensem, penuh jerawat. Memang sedih la sebab benda tu kan kejadian tuhan, so kita xboleh nak buat apa-apa. Tapi hakikatnya sekarang aku dah lama lupakan impian tu sebab utama xcukup tinggi kot..hehe..aku 163cm ja..minimum nak jadi pramugara 165..dan bagi sesiapa yang cuma kenal aku melalui gambar, YES aku nak mengaku, aku lebih rendah dari apa yang korang nampak dalam gambar. TITIK..hehe..jangan kecewa bagi sesiapa yang ingat aku ni tinggi orangnya.

Terima Hakikat Seadanya
Benda yang best pasal cita-cita ni ialah saat kita mengejarnya. Kita sanggup buat apa saja, hadap apa saja semata-mata nak kejar impian kita. Saat-saat manis aku mengejar cita-cita nak jadi pramugara dulu tetap buat aku tersenyum sampai sekarang, rasa lucu kalau difikir-fikirkan semula. Aku dah terima hakikat bahawa itu bukan kerja yang terbaik untuk aku, ada lain yang lebih sesuai dengan aku. Jadi sekarang aku sedang mengejar cita-cita untuk menjadi pendidik, seboleh-bolehnya nak jadi pensyarah. Kalau xdapat pun jadi cikgu tetap sama dengan cita-cita aku masa kecil.

Aku yang sekarang =)
Cita-Cita Itu Indah
Mungkin kita terpaksa tinggalkan cita-cita lama kita, sesetengah dari kita mungkin xmampu nak sambung pelajaran sebab masalah kewangan, xdapat nak jadi doktor sebab kita xsepandai yang kita sangka atau sebagainya. Tapi hakikatnya sama ada kita capai atau tidak cita-cita tu bukanlah penting. Yang penting adalah keindahan kita mengejarnya. Sepanjang kita kejar cita-cita kita, jiwa kita terisi. Perasaan ini halang kita dari rasa sunyi, bosan atau hilang arah. Perasaan ni buat kita kuat. Kita xperlu terluka atau dilukakan, sebab semua ini adalah dari kita, untuk kita dan kita yang bakal menjalaninya. Teruskanlah membina cita-cita, bukan untuk memilikinya, cukuplah sekadar mampu menjalaninya dengan penuh kesungguhan.

(^_^)Y

Cerita Kita Sementara

Dalam melewati seribu hati,
kita lalui untuk mencari yang sejati,
meniti perjalanan ini sering kita tersadung,
kita terluka dalam pencarian dan terluka lagi,



Berdoa, berharap kadang juga berusaha,
mencari dan mencari di segenap isi dunia,
kita mencari cinta,
bimbang, kita tidak ingin sunyi,
melalui hari-hari bertemankan sendiri,
kita mencari dan mencari lagi,


Masa kita kian suntuk,
matahari bukan lagi di fajar hari,
dan kita terus mencari yang sempurna,
yang bisa penuhi segala, bawakan gembira
terbitkan bahagia,
janjikan bulan dan bintang-bintangnya,


Namun cerita kita sementara,
bukan hidup selama-lama,
tidak diberikan pilihan untuk terus difikirkan,
sedarkan diri kita,
yang dicari didepan mata,
yang sempurna dari usaha kita,
dari lapangnya dada,
dari tingginya syukur,
dari indahnya "terima",
cerita kita sementara,
manisnya sementara,
sakit juga sementara,
untuk apa dikesal,
untuk apa di puja,
terima apa yang ada,
kerana segalanya SEMENTARA...



Semua Manusia Ada Perasaan

Kita semua sedia maklum, semua manusia ada perasaan. Orang gila pon ada perasaan . Perasaan kita sama, tapi cara kita luahkan tu yang berbeza. Ada sesetengah orang sangat la 'over express', meluap-luap sampai orang sekeliling dia pon tangkap 'feeling' dengan perasaan dia. Almaklum lah "sharing is caring". So kalau dia badmood, dengan semua depan mata dapat rasa badmood dia.


Tapi ada jugak orang yang susah nak luahkan perasaan dia, orang camni biasa kita panggil 'xde perasaan'. Salah sebenarnya tu, dia ada perasaan, tapi susah dia nak tunjukkan. Benda ni mungkin pengaruh cara dia dibesarkan. Maybe family dia jarang nak tunjuk-tunjuk LOVING ka, nak sharing-sharing cerita ka. Jadi secara xlangsung dia dewasa untuk belajar menyembunyikan perasaan dia. (Sebenarnya aku la orang yang macam ni..haha).



Pengaruh Gender

Secara tipikalnya kita tau yang perempuan lebih emosi dari lelaki. Sekali lagi aku nak tegaskan, perasaan kita sama, cara kita luahkan yang berbeza. So, aku nak korang faham bagi aku perempuan lebih berani untuk meluahkan perasaan dia. At some point benda ni bagus, tapi kita juga sedia maklum yang perempuan lebih cenderung meluahkan 'emosi' negatif lagi-lagi bila datang waktu-waktu tertentu. So sebagai lelaki kita kena faham, itu faktor biologi.


Lelaki ada juga yang mudah meluahkan perasaan dan emosi dia. Aku rasa mesti ada perempuan yang akan berbunga-bunga hati dia kalau la pasangan dia menangis depan dia dan menyatakan cinta. Perghhh..masa tu la dorang rasa layu (bajet macam berpengalaman pulak aku..haha). Rasanya perempuan xkan pandang rendah pada pasangan dia yang meluahkan emosi, tapi aku macam lelaki-lelaki lain rasa terancam kalau terpaksa nampak "lemah" depan perempuan.

Keterbukaan Dalam Berperasaan

Macam kebanyakan lelaki lain, aku memang ego. Lagi-lagi benda-benda yang melibatkan perasaan. Buat ape nak cerita pasal perasaan kita, kita nampak macam lemah. Tapi aku sedar, lelaki sebenarnya perlukan medium yang bersesuaian nak luahkan perasaan. Xpercaya? buktinya tengok lah dekat facebook, banyak status-status lelaki yang melibatkan perasaan. Aku yakin semua ni xkan diluahkan kalau berdepan atau dikhalayak realiti. Aku rasa kita kena terima hakikat lelaki sekarang dah banyak berubah. Lelaki sekarang boleh belajar untuk luahkan perasaan, asalkan ada cara yang sesuai.

Eh aku lupa pulak nak ulas pasal perempuan. Hehe. Secara peribadinya aku lebih suka perempuan yang cool. Maksudnya tahu sesuaikan perasaan dengan situasi semasa, bukan lah semua perkara nak tunjuk emosi. Aku rasa perempuan pun tau keburukan sikap terlalu emosi ni. Buktinya kebanyakan perempuan lebih selesa dapat boss lelaki berbanding perempuan. Mungkin faktor kawalan emosi ni lah.

Hurmm..banyak lagi nak kupas sebenarnya tapi aku berhenti setakat ni dulu, kalau ada apa-apa respon atau cadangan, aku sangat berbesar hati untuk membaca. Biasa la minda kita kena sentiasa terbuka, baru lah boleh belajar banyak perkara.


Keinginan Kita

Rase-rasenye lah kan, semua orang nak orang-orang sekeliling kita jujur dengan kita. Lagi-lagi kalau melibatkan orang yang kita sayang, maksud aku pasangan kita lah. Mesti kita nak dia jujur dengan kita. Dengan siapa dia keluar, apa dia buat, perkara-perkara tentang hidup dia. Kalau boleh dia pakai sepender apa pon kita nak dia jujur. Itu perkara biasa. Kejujuran buat kita rasa selamat.



Kecewa?

Kadang-kadang dalam perhubungan boleh pulak kita bertengkar pasal bab kejujuran ni. Sebab apa? kita xdapat terima hakikat tentang dia. Mungkin apa yang bakal dia akui tu buat kita terkejut, apatah lagi terluka. Let say la, dia ngaku dia ada skandal dengan somebody atau mengaku dah pernah terlanjur dengan ex dia. Dia mengaku sebab bajet benda tu kan "kejujuran" yang kita minta. Sebagai tindak balas, kita pon mula la meroyan, xdapat terima kenyataan dia buat benda seburuk itu. NAH AMBIK KAU KEJUJURAN. Maka merana lah kita menerima fakta tu.

Hakikat Sebenar

Bagi aku lah kejujuran tu memang la berdasarkan apa yang telah berlaku. Maksudnya kita bagitahu semua tentang kita. Kejujuran ni melibatkan dua manusia. Yang memberi kejujuran dan yang menerima kejujuran. Macam aku, kadang-kadang aku akui aku bukan mudah menerima sesuatu hakikat yang pahit. Tapi orang kata dari yang pahit tu la kita belajar hargai yang manis. Mungkin mula-mula dengar perkara tu aku kecewa, rasa sedih tapi lebih baik kan? dari kita di tipu hidup2..tengok cite Nora Elena x? bagi aku la kan, kejujuran sebenar macam Seth tu. Dia nak mengakui silap dia. Sama ada Nora nak terima ke x itu soal kedua. Yang penting jujur.

Semuanya Bermula Dari Diri Sendiri

Bertepatan dengan tajuk entri aku ni, aku nak tegaskan balik lah. Sebenarnya kalau kita nak orang jujur dengan kita kena bermula dengan diri kita. Kat sini aku listkan sifat-sifat yang boleh galakkan orang berlaku jujur dengan kita atau xkeberatan untuk berterus-terang:



Bersikap Terbuka 

Maksudnya terima ja apa dia nak cakap, xpayah kata apa dulu. Kalau geram ka, sakit hati ka, biarkan dulu. Biarkan sampai dia habis cerita. Reaksi lepas tu terpulang lah kat kita tapi sebaik-baiknya kita hold dulu, fikir masak-masak. Letak kan diri kita kat tempat dia, cuba faham situasi dia dan keadaan dia.

Pendengar Setia

Biasanya orang lebih selesa nak berterus terang kat seseorang yang lebih banyak mendengar dari bercakap. Aku rasa benda ni mudah, lagi-lagi bagi orang yang xtau nak bagi reaksi macam mana pada sesuatu situasi. Berdiam dan mendengar adalah langkah terbaik.

Boleh Simpan Rahsia

Ini karekter paling penting. Ofkos xde sape nak berterus terang dengan seseorang yang mulut xleh cover kan? silap besar la macam tu.

Sebagai kesimpulan, semua perkara dalam hidup kita berbalik kepada kita sendiri jugak.Kalau kita nakkan kejujuran, kita kena bersedia dengan akibatnya. Kita kena tabah, berlapang dada dan menerima apa adanya. Kita juga patut jadi contoh pada orang. Mulakan dengan diri kita. Macam aku sifat yang paling aku benci ialah HIPOKRIT, sebab tu aku cuba jadi jujur dalam banyak hal. Nak tahu satu rahsia x? Aku cepat jatuh hati dengan orang yang jujur..hahaha..Kalau ada seseorang yang jujur, aku akan sentiasa rasa selamat, bahagia dan xda sapa boleh memburuk2kan dia sebab aku mengenali dia lebih dari orang lain. Itu kebaikan jujur bagi aku.


Jujur bagi korang camne pulak ek???

(^_^)Y

Friday, November 11, 2011

Minda Mula Terbuka, Lensa Siap Sedia





Minat Bermula

Hari ini nak mula buat blog, kongsi macam-macam cerita dengan orang. Seronok pulak baca blog-blog orang lain. Macam-macam ada . Ini entri pertama so xnak komen pasal apa-apa.


Actually orang yang inspire aku nak buat blog ni adalah kawan baik aku sendiri Azizi Fakhrullah Alibasyah, ni URL dia http://www.azizibasyah.com.  


Aku sejak sekolah suka menulis, tapi sejak masuk U, semua tu terkubur. Maybe sebab latar belakang senibina ni terlalu sibuk bagi aku dan susah nak sesuaikan masa. Tapi xpa, sekarang aku dah free sikit, boleh la mula menulis.

Diari


Aku dulu ada diari, aku tulis masa sekolah menengah. Pelik x erk klo lelaki ada diari? Hurmm..kadang-kadang aku fikir pelik jugak, tapi sebab aku ni pelupa and aku ni suka pendam masalah sorang-sorang. So bagi aku, salah satu cara aku nak lepaskan semua tekanan dan ingat balik peristiwa-peristiwa penting dengan cara memiliki diari.

Pelik




Itu x cukup pelik lagi tu. Aku akan tukar-tukar diari dengan kawan baik aku (lelaki) setiap bulan. Kami tukar-tukar diari sejak dia pindah sekolah teknik.

Maklumlah zaman tu xda telefon, so xtau camna nak sampaikan cerita-cerita pasal keadaan semasa. Bila dah baca kami akan tulis komen pada setiap akhir "entri". hahaha..memang aneh jugak la klo fikir-fikir.

Tapi dari komen-komen dia, dia galakkan aku menulis. Dia kata suka baca tulisan-tulisan aku. Aku pun selalu tulis sajak kat dalam diari aku. Aku tulis pasal perasaan, pemerhatian dan pengalaman aku. Biasanya aku ceritakan pasal diri aku, tapi kadang-kadang ada yang rasa terkena. Mungkin kebetulan la agaknya.


Buka Minda


Walau apa pun, aku rasa aku nak tukar cara penulisan aku. Sekarang sepatutnya lebih matang. Lebih alert pada persekitaran. Kalau dulu hanya ikut sedap hati. Tapi sekarang baru aku tahu, apa yang kita tulis gambarkan tahap pemikiran kita. Aku harap apa yang aku tulis nanti boleh membuka minda orang lain.

Aku xde niat nak pengaruhi orang supaya ikut cara aku berfikir. Aku berniat nak orang berfikir dengan cara yang lebih adil. Kita ada penilaian sendiri, dan penilaian boleh berubah. Harap-harap pemikiran kita semua berubah ke arah yang lebih terbuka. Maksudnya bukan terbuka macam kat barat, xda batasan langsung, maksud aku kita menilai sesuatu situasi mengikut penilaian yang adil, dari semua sudut. Insya'allah.

(^_^)Y

Tak Pernah Serik


Bercinta? Ada yang pernah merasainya..ada yang belum pernah..ada yang berkali-kali..terpulang kepada pengalaman masing-masing.

Aku? hurmm..cinta banyak cara bagi aku..kadang-kadang kita belajar tentang cinta bukan dari istilah "couple"..tapi dari pemerhatian dan pengalaman kawan-kawan.

Benar, setakat mendengar cerita tak sama dengan merasainya secara nyata.




Ok, secara peribadi..pernah sekali lah merasa cinta tu..sekejap saja tapi penangannya berbisa..

Aku pernah juga serik..tapi betul, seperti yang sebelumnya..aku xpernah menduga kehadiran dia..lepas putus pun x pernah cari pengganti dia..nyata semua tu bukan kita yang tentukan..semakin aku tolak, semakin godaan tu datang..pengganti dia datang, dalam shape yang sangat aku nakkan..maklumlah my ex is not my 1st choice..so, jadilah tobat belacan..konon xnak dah..tapi....

Zaman Bujang =P