Pages

Saturday, November 12, 2011




Semua Manusia Ada Perasaan

Kita semua sedia maklum, semua manusia ada perasaan. Orang gila pon ada perasaan . Perasaan kita sama, tapi cara kita luahkan tu yang berbeza. Ada sesetengah orang sangat la 'over express', meluap-luap sampai orang sekeliling dia pon tangkap 'feeling' dengan perasaan dia. Almaklum lah "sharing is caring". So kalau dia badmood, dengan semua depan mata dapat rasa badmood dia.


Tapi ada jugak orang yang susah nak luahkan perasaan dia, orang camni biasa kita panggil 'xde perasaan'. Salah sebenarnya tu, dia ada perasaan, tapi susah dia nak tunjukkan. Benda ni mungkin pengaruh cara dia dibesarkan. Maybe family dia jarang nak tunjuk-tunjuk LOVING ka, nak sharing-sharing cerita ka. Jadi secara xlangsung dia dewasa untuk belajar menyembunyikan perasaan dia. (Sebenarnya aku la orang yang macam ni..haha).



Pengaruh Gender

Secara tipikalnya kita tau yang perempuan lebih emosi dari lelaki. Sekali lagi aku nak tegaskan, perasaan kita sama, cara kita luahkan yang berbeza. So, aku nak korang faham bagi aku perempuan lebih berani untuk meluahkan perasaan dia. At some point benda ni bagus, tapi kita juga sedia maklum yang perempuan lebih cenderung meluahkan 'emosi' negatif lagi-lagi bila datang waktu-waktu tertentu. So sebagai lelaki kita kena faham, itu faktor biologi.


Lelaki ada juga yang mudah meluahkan perasaan dan emosi dia. Aku rasa mesti ada perempuan yang akan berbunga-bunga hati dia kalau la pasangan dia menangis depan dia dan menyatakan cinta. Perghhh..masa tu la dorang rasa layu (bajet macam berpengalaman pulak aku..haha). Rasanya perempuan xkan pandang rendah pada pasangan dia yang meluahkan emosi, tapi aku macam lelaki-lelaki lain rasa terancam kalau terpaksa nampak "lemah" depan perempuan.

Keterbukaan Dalam Berperasaan

Macam kebanyakan lelaki lain, aku memang ego. Lagi-lagi benda-benda yang melibatkan perasaan. Buat ape nak cerita pasal perasaan kita, kita nampak macam lemah. Tapi aku sedar, lelaki sebenarnya perlukan medium yang bersesuaian nak luahkan perasaan. Xpercaya? buktinya tengok lah dekat facebook, banyak status-status lelaki yang melibatkan perasaan. Aku yakin semua ni xkan diluahkan kalau berdepan atau dikhalayak realiti. Aku rasa kita kena terima hakikat lelaki sekarang dah banyak berubah. Lelaki sekarang boleh belajar untuk luahkan perasaan, asalkan ada cara yang sesuai.

Eh aku lupa pulak nak ulas pasal perempuan. Hehe. Secara peribadinya aku lebih suka perempuan yang cool. Maksudnya tahu sesuaikan perasaan dengan situasi semasa, bukan lah semua perkara nak tunjuk emosi. Aku rasa perempuan pun tau keburukan sikap terlalu emosi ni. Buktinya kebanyakan perempuan lebih selesa dapat boss lelaki berbanding perempuan. Mungkin faktor kawalan emosi ni lah.

Hurmm..banyak lagi nak kupas sebenarnya tapi aku berhenti setakat ni dulu, kalau ada apa-apa respon atau cadangan, aku sangat berbesar hati untuk membaca. Biasa la minda kita kena sentiasa terbuka, baru lah boleh belajar banyak perkara.

No comments:

Post a Comment